Alamakkk....Ada Clone Rupanya Selama Ini Kot!!!!! 'Papagomo Original' Ditahan Di Perak

PETALING JAYA: Polis telah menahan 'Papagomo Original' yang berkongsi perbualan WhatsApp, mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta suapan daripadanya.
Khalid, melalui akaun Twitter rasminya @KBAB51mengucapkan tahniah kepada anggota-anggotanya yang  menahan individu terbabit.

"Syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak," beliau menulis di Twitter.

Minggu lalu, seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook Papagomo Original mendakwa dalam satu posting bahawa Khalid telah meminta rasuah RM20,000 untuk 'menyelesaikan' kes blogger Papagomo selepas dia ditangkap minggu lalu atas dakwaan terlibat dalam satu 'posting' yang mengaitkannya dengan pergaduhan di Plaza Low Yat.

Walau bagaimanapun, paparan skrin  WhatsApp di halaman Facebook Papagomo Original itu menunjukkan nama Khalid sebagai KBA51, manakala akaun Twitter beliau yang diketahui umum adalah @KBAB51.

Papagomo sebenar, Wan Muhammad Azri Wan Deris, dibebaskan dari tahanan polis tempoh reman berakhir pada Jumaat.

Peguam Papagomo Ahmad Shuaib Ismail menafikan penglibatan anak guamnya dengan laman tersebut dan membuat laporan mengatakan ia bukan milik penulis blog itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana