Akhirnya DAP, Bukan UMNO Yang Pecahkan PAS

PENYOKONG parti PAS mungkin tidak sangka bahawa kerjasama mereka dengan DAP berakhir dengan parti itu dipecah-pecah kepada beberapa bahagian.  Mimpi asal kerjasama nak tawan Putrajaya tak tercapai, PAS pulak yang terbahagi kepada beberapa kumpulan

Kalau sebelum ini PasMA, sekarang sudah muncul pula Gerakan Harapan Baru (GARU) yang diterajui Mat Sabu.  Awal-awal GARU sudah dapat sokongan DAP, maklum sajalah Mat Sabu yang jadi ketuanya, semalam PKR pulak sahkan menyokong penubuhan GARU.

Tak payahlah penulis ingatkan betapa keadaan ini meletakkan PAS dalam kedudukan paling sukar dan paling aneh dalam sejarah lebih 60 tahun penubuhannya.  Kerjasama macam mana bila parti yang sepatutnya jadi sekutu macam PKR dan DAP, sokong kumpulan serpihan?

Itu tak sebut lagi separuh atau lebih wakil rakyat parti tersebut dikatakan cenderung kepada GARU berbanding kepimpinan yang baru menang hari itu.

Senanglah cakap nak pecat semua pemimpin yang sokong GARU tapi itu bermaksud PAS kena diset semula kepada kosong, kerajaan Selangor pun mungkin terpaksa ditumbangkan kalau PAS betul-betul menarik balik sokongan mereka di negeri tu – melainkan ada yang di kalangan ADUN PAS sedia ada yang bertukar parti.

Justeru, tak hairanlah kenapa sehingga sekarang tidak ada seorang pun dari 18 bekas pemimpin PAS yang jadi latarbelakang penubuhan GARU dipecat, sekalipun mereka yang terlibat seperti Mat Sabu dan Khalid Samad, langsung tidak berselindung bahawa penubuhan GARU adalah untuk menjadi sekutu baru dalam Pakatan Rakyat, ganti PAS.

Ini bukti apa yang selalu penulis katakan bahawa PAS adalah parti yang bertuhankan kuasa, tidak ada prinsip sama sekali.  Cakap buruk pasal UMNO tapi diakhirnya yang pecah belahkan parti itu bukan UMNO pun, sebaliknya DAP.  Padan muka mereka sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana