Ahli Pas usah terpedaya dengan bisikan syaitan

SHAH ALAM – Ahli Pas dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tindakan sebahagian ahli dan bekas ahli Pas yang secara terbuka mengajak ahli-ahli parti sedia ada untuk meninggalkan parti tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesemua ahli Pas perlu beristiqamah, selain mengingati dasar penubuhan dan matlamat sebenar yang diperjuangkan oleh Pas.

“Ahli-ahli Pas tidak perlu terpedaya dengan bisikan syaitan-syaitan yang mengajak keluar dari perjuangan politik Islam menerusi Pas yang berpandukan al-Quran dan al-Sunah, Ijma' dan Qiyas dengan pelbagai janji hiasan kejayaan yang palsu sama ada oleh syaitan di kalangan jin mahupun manusia.

“…Pas sebagai sebuah gerakan Islam sedari awal penubuhannya pada 1951 adalah bertujuan menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran serta memperjuangkan politik dan kuasa Islam. Ia tidak pernah berganjak daripada matlamat tersebut.

“Ia lebih layak dan berhak untuk dimakmurkan berbanding wadah baru yang dibina atas dasar kekecewaan semata-mata. Sementelah jika ia didalangi pula oleh mereka yang menentang keras usaha-usaha menegakkan undang-undang ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, ahli-ahli Pas perlu sentiasa bertegas dalam menegakkan dasar dan prinsip perjuangan Islam dalam menentang kemungkaran.

“Kami sedang meneliti dengan penuh keprihatinan terhadap tindakan ‘syaitan’ ini yang sedang mengusahakan wadah politik baru dan secara terbuka berkempen mengajak ahli-ahli Pas keluar daripada parti untuk bersama dengan wadah baru bagi memecahbelahkan kesatuan Pas.

“Dewan Ulama Pas menyeru ahli-ahli Pas untuk terus istiqamah sehingga menang dengan bahtera Pas yang terbukti tegas dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam dalam menentang kemungkaran politik pemerintah dan menegakkan pemerintahan Islam yang adil lagi berkebajikan,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana