ADUN cauvinis DAP benar pakai pakaian gimnas berurusan di pusat khidmat

BANGI, Selasa – Parti cauvinis DAP dilihat masih tidak berpuas hati dengan kod etika berpakaian yang dikenakan terhadap kakitangan atau orang ramai yang berurusan di semua pejabat kerajaan.

Kali ini, parti rasis itu melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han, seolah-olah menyindir kerajaan apabila dia membenarkan orang yang berurusan di Pusat Khidmat Kinrara memakai apa saja jenis pakaian, kecuali berbogel.

Mengeluarkan notis ‘Pusat Khidmat Kinrara imposed no attire restrictions’ dalam akaun facebooknya, ADUN DAP itu berkata, orang ramai boleh memakai skirt atau seluar pendek, baju tanpa lengan atau apa saja pakaian yang dirasakan selesa.

Selain itu, dia juga memuat naik gambar yang menunjukkan tujuh cara berpakaian yang boleh dipakai untuk berurusan di pusat khidmat itu.

Antara yang boleh dipakai ialah pakaian sukan gimnas, pakaian ketat dan kain berbelah di bahagian paha.

Awal bulan lalu, isu kod etika pemakaian di jabatan kerajaan menjadi hangat apabila seorang wanita Cina berpakaian skirt pendek atas paras lutut yang mahu berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah memakai kain sarung oleh anggota RELA yang bertugas di jabatan itu.

Gambar wanita itu kemudian menjadi viral dalam media sosial hingga mendapat kecaman daripada pemimpin dan penyokong parti cauvinis itu.

Selain itu, dua wanita yang juga memakai pakaian tidak sopan dihalang berurusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana