Admin Sokong 100 %....Konspirasi guling PM: Jika bersalah hukumannya 'mati'

Apabila media kapitalis The Wall Street Journal (WSJ) mengeluarkan berita yang mendakwa kononnya wang 1MDB disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak, Malaysia macam nak kiamat, seluruh rakyat berbicara mengenainya.
Kelibat pemimpin pembangkang terpancar keriangan apabila membicarakan soal ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu mengadakan sidang Parlimen tergempar, pembangkang duduk di Luar Parlimen tanda protes, dan macam-macam lagi drama dilakonkan oleh mereka.

Tidak kurang juga pemain media siber kedua-dua pihak, baik pembangkang mahupun penyokong kerajaan, majoriti memihak kepada WSJ.

Terima kasih juga kepada mereka yang rajin membuat semakan dan mendapati media kapitalis itu banyak kali disaman oleh berbagai negara kerana agendanya dan ini menjadi 'titik balik'  dan telah membuka mata orang ramai untuk mengkaji semula adakah benar atau tidak berita dari WSJ.

Dengan penemuan terbaru oleh pihak berkuasa Thailand bahawa Xavier Justo ada berjumpa dengan sekumpulan pengkhianat dari Malaysia dan menerima bayaran daripada mereka, ini akan membongkar dan seterusnya akan menjernihkan banyak isu tentang konspirasi yang berniat untuk mengulingkan pemimpin yang dilantik berdasarkan sistem demokrasi.

Sedari awal saya menekankan WSJ merupakan agenda Yahudi, ramai yang mengkritik malah ramai juga yang memaki hamun terhadap kenyataan saya,  begitulah hebatnya Yahudi membuat manusia percaya pada media mereka, walhal pada satu ketika, sebut sahaja Yahudi, mereka akan memaki berpihak kepada yang mengkritik Yahudi, namum sekarang ada pula pemimpin yang sependapat dengan saya walaupun menggunakan perkataan agenda Barat.

Ingatan saya kepada dua-dua pihak:-

1. Kepada pemimpin pembangkang yang berjumpa Xavier Justo dan membuat pembayaran serta merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, eloklah mengaku, jadilah rakyat yang sayangkan Malaysia, jangan terus jadi pengkhianat kepada tanah air sendiri.

Sekiranya kamu didapati bersalah kerana konspirasi ini, hukumannya mungkin adalah "mati".

2. Ini agenda Yahudi/Agenda Barat yang sekian lama mahu menjatuhkan negara ini, apabila jatuhnya kerajaan BN maka budaya liberal secara terbuka akan dapat direlisasikan, pelik, kenapa penyokong tegar dalaman parti pun ada yang seolah-olah menyokong konspirasi  ini, saya tidak salahkan mereka apabila melihat permainan propaganda ini amat hebat.

Namun, kembalilah menyokong, hebahkanlah penemuan Xavier Justo ini kepada ahli di bawah dan sama-samalah kita menjernihkan keadaan di akar umbi.

3. Negara kita sedang menghadapi krisis kepercayaan, justeru, saya merayu kepada semua pihak agar bersatu hati untuk cuba menerangkan sebaik mungkin kepada rakyat.

Malaysia sedang di asak dari pelbagai sudut, dari aspek ekonomi, mata wang, harga minyak, ini semua adalah dugaan kepada Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan tidak akan berjaya melepasi waktu kritikal ini tanpa sokongan semua kita semua.

Marilah kita bertaut semula menanam kepercayaan agar negara dapat melepasi waktu kritikal ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana