ADmin Puji Betul....Bagilah Orang Muda Plak....Shahrir Samad enggan anggotai kabinet penggal seterusnya

SHAH ALAM: Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberitahu beliau tidak akan menyertai barisan kabinet untuk penggal akan datang demi memberi laluan kepada golongan muda yang bertenaga serta mempunyai idea bernas bagi memantapkan pengurusan negara.

Justeru beliau akan menolak jika namanya  tersenarai dalam rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas sambutan Aidiltifri.

“Saya tidak mahu menganggotai Kabinet, masa saya sudah berlalu, lagi pun tanpa jawatan dalam Kabinet, saya boleh mainkan peranan dan menyumbang kepada negara.

“Saya berpendapat perlu beri peluang kepada orang muda untuk menjadi ahli Kabinet. Kalau saya masuk Kabinet, maknanya usia purata jemaah menteri dan timbalan menteri menjadi meningkat.

“Pemimpin muda memahami cita rasa masyarakat yang sebahagian besar terdiri daripada generasi muda,” kata Shahrir, 66, kepada akhbar milik Umno itu.

Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkata beliau dapat memberikan tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai ahli Parlimen Johor Bahru dan ketua Umno di kawasan itu.

“Sejujurnya, kini saya gembira dan seronok sejak tidak menjawat jawatan menteri. Sebagai orang tua, saya tidak perlukan jawatan. Yang penting, idea, pandangan dan gerak kerja kita adalah bersama dengan kerajaan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas laporan Mingguan Malaysia semalam yang mendedahkan rombakan Kabinet bakal dibuat tidak lama lagi.

Akhbar itu berkata, Najib kini tidak boleh mengambil mudah apa yang terjadi memandangkan situasi politik kini tidak lagi sama.

Beliau perlu mengambil langkah lebih proaktif menghadapi serangan ke atas pentadbirannya.

"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan saja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat yang sukar dan ketika berdepan krisis," kata penulis ruangan pojok Awang Selamat.

Awang dalam tulisannya berkata, rombakan itu penting bagi membolehkan Najib menangkis isu besar, khususnya yang membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengannya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana