1MDB tidak menyediakan dana kepada PM....Buruknya Perangai Yang Busuk Hati Ini Dalam Bulan Ramadan


Najib curik duit 1MDB??? Satu lagi fitnah jijik dan busuk dari pembangkang.

Merujuk kepada laporan media yang disiarkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa kami tidak pernah memberikan apa-apa dana kepada Perdana Menteri. Untuk menyatakan sebaliknya, seperti mana beberapa media telah lakukan, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.

Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya mengenai kebenaran beberapa dokumen 'bocor' oleh media tertentu dan blog seperti Sarawak Report, telah digunakan untuk mengelirukan orang ramai dan membenarkan dakwaan palsu terhadap syarikat tersebut dan kerajaan.

Menurut laporan akhbar, dokumen-dokumen tersebut didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh individu - yang kini ditahan di negara asing - untuk memeras ugut bekas majikannya.

Oleh itu, kami terkejut bahawa dokumen seperti ini, yang mana kewujudannya dan kesahihan belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB baru.

1MDB kini sedang bekerjasama dengan beberapa pertanyaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang sah termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Awam dan Bank Negara. Pihak berkuasa berkenaan mempunyai semua maklumat yang berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan lanjut dan terus menjatuhkan hukuman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana