1MDB: PAS sokong PM saman WSJ dan Sarawak Report

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disaran mengemukakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report bagi dan membuat deklarasi harta dengan kadar segera.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata ini kerana berdasarkan pendedahan yang dibuat kedua-dua pihak itu menimbulkan pelbagai persoalan.

"Dalam satu kenyataan, pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan bahawa tiada wang syarikat tersebut yang digunakan untuk tujuan peribadi PM.

"Namun perlu dibezakan isu pengaliran wang ke akaun peribadi dan penggunaan wang tersebut oleh PM. Apa yang pasti 1MDB masih tidak membuat sebarang penafian khusus (categorical denial) bahawa wang tersebut benar-benar masuk ke akaun Ambank PM seperti yang didakwa.

"Sekiranya itulah kesnya maka tiada cara lain untuk menjernihkan keadaan kecuali dengan segera menyaman pihak WSJ dan Sarawak Report serta bagi PM dan keluarganya membuat deklarasi harta," katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Nasrudin mengingatkan bahawa sebelum ini banyak dokumen yang digunakan untuk memburukkan 1MDB adalah meragukan.

Beliau merujuk kes Xavier Justo yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana didakwa memalsukan dokumen berkaitan transaksi 1MDB dan Petrosaudi.

"Namun pendedahan WSJ secara khusus merujuk dokumen penyiasatan dari penyiasat Malaysia. Maknanya sumber maklumat ini bukannya dari luar negara tetapi dari dalam negara sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (TWSJ) berhubung laporannya yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.65 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Beliau berkata, tindakan undang-undang diambil kerana laporan itu disifatkan sebagai fitnah jenayah.

Akhbar TWSJ semalam melaporkan, siasatan ke atas syarikat yang sarat dibebani hutang, 1MDB mendapati berbilion ringgit disalurkan ke dalam beberapa akaun, yang dipercayai akaun bank peribadi Najib.

Pendedahan laporan itu dikatakan sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia, yang berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan yang diperoleh akhbar berkenaan dan laman web Sarawak Report. 

TWSJ melaporkan, dokumen menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Sarawak Report melaporkan, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Najib dalam kenyataannya malam tadi menafikan pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi dan menyifatkan tuduhan itu sebagai sebahagian daripada kempen sabotaj politik terancang untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana