1MDB Boleh Jadi Konspirasi Tumbangkan Najib - KPN

PETALING JAYA 13 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing adalah konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbuatan jenayah itu sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata, Peguam Negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu yang mana bahannya dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Polis Diraja Malaysia menerima laporan polis berkaitan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khalid berkata, siasatan turut melibatkan kesemua anggota Pasukan Petugas Khas yang merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia.

Katanya, Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.

“…dan ia boleh menjadi sabotaj ekonomi terhadap Malaysia. Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau memalsukan dokumen berkenaan akan berhadapan dengan undang-undang,” katanya.

Khalid berkata, tujuan siasatan polis itu adalah untuk mengenal pasti mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu asli atau dipalsukan.

Katanya, kes itu sama seperti dalam kes Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) yang disiasat pihak berkuasa Thailand mengenai dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Polis Thai menahan Justo pada 24 Jun lepas kerana didakwa cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi, yang telah menarik perhatian Malaysia kerana dikaitkan dengan 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana