UMNO Johor Tidak Akan Pujuk Khairul Anwar...Kononnya Nak Jadi Hero

Nampaknya tiada jalan pulang kepada Naib Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya dalam parti mulai 11 Julai 2015.

Sebelum ini ramai melihat tindakan Khairul mengumumkan melalui persaraannya dari politik melalui bahagian komunikasi korporta syarikatnya dan menggunakan tarikh berkuatkuasa yang agak lama sebagai satu tindakan politik.

Khairul yang dikritik hebat sebelum ini kerana kontroversi program “nothing2hide” dan tindakan beliau menyalahkan orang lain, dilihat merajuk dan mahu dipujuk.

Namun hari ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu adalah tindakan peribadi dan perlu dihormati.

Bercakap kepada Malaysiakini.com, Khaled mengakui yang beliau tidak dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu.

“Sebab utama saya pun tak tahu, jadi saya tidak hendak ulas (lanjut). Kami menghormati keputusannya, mungkin dia ada sebab mengapa dia lakukan,” kata beliau kepada pemberita selepas program Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Melayu Pandan, di Johor Bharu hari ini.

Menteri Besar Johor itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairul Anwar yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kemasyarakatan dan perluasan operasi syarikatnya berkuat kuasa 11 Julai ini, pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Khairul berkata beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana