Tindakan Terhadap Sarawak Report: Kerajaan Tunggu Laporan Rasmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menunggu laporan daripada pihak berkuasa Thailand terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap blog, Sarawak Report mengenai emel yang didakwanya mempunyai bukti perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak mahu mendahului laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung isu berkenaan.

"Kerajaan Thailand menerusi polis mereka akan memaklumkan kepada polis Malaysia sedikit masa lagi.

"Kalau kita dapat tahu apa-apa penentuan yang dibuat dan bukti yang jelas dikemukakan oleh kerajaan Thailand, maka kita akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, Jumaat.

Pada Rabu lalu, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan polis Thailand telah menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo dan mendakwa atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.

Dilaporkan, siasatan awal mendapati Justo bertanggungjawab memberi maklumat yang salah kepada Sarawak Report.

Najib berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang menunggu laporan yang bakal diterima daripada kerajaan Thailand melalui pihak polis di negara jiran itu.

"Apapun kita tunggu laporan dan pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana