Sepakat Anwarinas Melemahkan Hadi Awang

Mat Sabu dilaporkan dalam ucapannya (seperti diatas) mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar PR.

Pelik? Mungkin tidak bagi yang tahu menilai pendirian Mat Sabu di dalam PAS. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Anehnya, ucapan tersebut dilabel sebagai satu pujian kepada Hadi Awang oleh Khalid Samad. Ya, memang terdapat gambaran kehebatan Hadi Awang, tetapi bagaimana untuk kita menafsir kalimat terakhir “tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada BN).”

Secara jujur, penulis tidak melihat ayat tersebut sebagai bentuk pujian, tetapi lebih kepada “lambung dan smash” yang bertujuan untuk mempersoalkan kredibiliti Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Penilaian ini juga perlu diambilkira dari sudut waktu ucapan tersebut dilafazkan; dengan Muktamar PAS hanya beberapa hari lagi akan berlangsung. Tidak mungkin ianya tidak memberi sebarang makna kepada persaingan jawatan Presiden PAS yang bakal berlaku pada 4, 5 dan 6 Jun nanti.

Khalid Samad, yang turut dikenali sebagai sekutu rapat Mat Sabu mahu ahli-ahli PAS faham maksud sebenar Mat Sabu dengan ucapan seterusnya, iaitu;

“(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya, kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat,”

Maka, Khalid berpendapat bahawa itulah maksud sebenar Mat Sabu, yang menekankan persepakatan Pakatan Rakyat lantas memberi ulasan “PAS tidak cukup kuat seorang diri walaupun dengan pemimpin hebat macam Hadi,”.

Salehuddin Ayob juga turut sependapat dengan Khalid Samad, bahawa maksud sebenar Mat Sabu adalah kepentingan kesepakatan politik untuk mengekalkan kuasa PAS.

Persoalan penulis, apakah erti ucapan Mat Sabu berkenaan kesepakatan politik dengan kehadiran Ahmad Awang berada ketika ucapan tersebut dilafazkan?

Untuk mereka yang mengikuti perkembangan politik negara, khususnya PAS, tentunya tahu siapa Ahmad Awang. Malah, Ahmad Awang sendiri tidak kisah sekiranya beliau dituduh sebagai “proksi DAP”.

Bagi penulis, samada dengan niat atau tidak, ucapan Mat Sabu telah mempertikaikan kredibiliti Hadi Awang, dan memberi nafas segar kepada Ahmad Awang, selaku pencabar Hadi pada muktamar yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Dalam ramai yang mempertikaikan ucapan tersebut, Mat Sabu perlu berterima kasih kepada Khalid Samad dan Salehuddin Ayob yang cuba menerangkan tujuan dan maksud Mat Sabu.

Untung Ahmad Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana