Semua Pekerja Haram Akan Dibawa Keluar - Ahmad Zahid

TAWAU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat penguatkuasaan bagi mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata usaha itu dilaksanakan secara bersepadu menerusi kerjasama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan beberapa agensi lain.

"Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini.

"Dalam usaha itu, kita juga akan meminta kerjasama daripada pihak kedutaan-kedutaan berkaitan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Penerepan Nilai-nilai Murni bersama warga KDN di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa masuk pekerja dari Bangladesh adalah bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

"Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan...ia bukan kebanjiran pekerja kerana kita akan keluarkan terlebih dahula warga asing tanpaizin sebelum kita membawa pekerja yang mempunyai dokumen lengkap.

"Tidak ada negara yang mengizinkan mana-mana pekerja asing yangtidak mempunyai dokumen sah atau tidak tinggalkan negara selepas tamat tempohvisa atau tempoh tinggal dalam negara itu," tegas beliau.

Khamis lepas, Ahmad Zahid berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.-Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana