Perwakilan Kelantan 'Serang' Ketua Pemuda PAS...Pengaruh Dengan DAPIG

SHAH ALAM 3 Jun -  Muktamar Pemuda PAS Pusat hari ini terus hangat dengan ucapan Perwakilan Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi yang menyerang tuduhan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizat Kaiat terhadap Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan berkata, Suhaizat tidak sewajarnya menyamakan sokongan terhadap Abdul Hadi dengan perkara yang sama berlaku dalam kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pemuda PAS Kelantan terkilan dengan kenyataan yang dibuat Suhaizan itu semalam ketika menjawab soalan perwakilan pada sesi membahas laporan tahunan sayap itu.

"Kelantan terkilan apabila Ketua Pemuda kata, 'janganlah sikit-sikit sokong Presiden macam UMNO'.

"Minta Ketua Pemuda betulkan kenyataan itu.

"Jangan samakan Tuan Guru Presiden dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang disambut sorakan gemuruh dari perwakilan dan pemerhati pada sesi perbahasan Muktamar Pemuda PAS, di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana