Penganjur Nothing2Hide lepas semua jawatan dalam UMNO....

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini. Penganjur forum Nothing2Hide itu berkata keputusan diambil selepas mendapat restu dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

Dalam satu kenyataan pagi ini, beliau menyebut selain jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, jawatan lain yang dilepaskan ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia. "Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak. "Semoga keputusan yang saya ambil ini telah dipandu oleh petunjuk Allah SWT seterusnya diterima dengan baik oleh teman-teman sekalian," katanya.

Sebelum itu dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Khairul Group, menyatakan Khairul sebagai Pengerusi firma itu melepaskan semua jawatan dalam UNNO berkuatkuasa 11 Julai 2015. "Ia bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma kami.

"Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan. "Semoga langkah terbaru ini dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa," kata kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana