Pas kena berguru dengan DAP di Sarawak...Inilah Pemuda PAS...Sayang Sangat DAP tu

jangan la dik kerana sayang jawATAN SANGGUP RENDAHKAN KEWIBAWAAN parti sendiri,DAp bolh menang dikawasan bandar kat serawak sebab ramainya orang cina kat bandar,mereka anggap daplah satu2nya yg membela kaum dia,meraka x percaya pada parti cina lain sebab dap bijak memainkan sentimen,hang nak belajar dari dap hang kena mainkan sentimen utk sapa?

SHAH ALAM - ‎Pas disaran agar berguru dengan parti rakan komponennya, DAP  untuk menempah tempat di Sarawak dalam pilihan raya negeri itu nanti.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, DAP‎ telah berjaya menang di Sarawak dan diterima  rakyat negeri itu walaupun sebelumnya parti itu ditolak.

"Kesukaran Pas untuk menang di Sarawak sangat berkait rapat dengan sentimen pengundi Sarawak yang kurang menerima parti Semenanjung. Umno sendiri sehingga ke hari ini masih gagal menubuhkan satu cawangan pun di Sarawak.

"Walau bagaimanapun, kejayaan DAP yang m‎enang di Sarawak sepatutnya kita boleh pelajari selok belok dan pendekatan mereka. Ini kerana, sebagai parti yang ditubuhkan di Semenanjung, DAP juga pada awalnya tidak diterima pengundi Sarawak. Tetapi dengan strategi berkesan, DAP kini bertapak kukuh di Bumi Kenyalang tersebut," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas ke-56, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Suhaizan mengingatkan bahawa untuk menguasai Putrajaya, dominasi kerusi Parlimen Sarawak oleh BN mesti dipecahkan.

"Dalam PRU yang lepas, BN menang 25 kerusi daripada 31 kerusi manakala PR hanya menang enam kerusi.

"PRN yang dijangka diadakan tahun depan mesti menjadi batu loncatan untuk mencapai kemenangan di peringkat Parlimen dalam PRU14.

"Oleh itu kita perlu lahirkan anak sulung di Sarawak agar prestasi dan pencapaian Adun sulung tersebut mampu meyakinkan masyarakat Sarawak bahawa kita juga mampu menjadi wakil mereka yang baik dan berkesan.

"Calonnya pun dah ada. Insya-ALLAH yang berucap tadi (Setiausaha Pemuda Pas, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus)," katanya.

Dalam ucapan sama, Suhaizan mencadangkan agar Pas Pusat lebih agresif dalam mewajahkan Pas Sarawak sebagai sebuah parti tempatan.

"Sudah sampai masanya Pas Sarawak diberikan autonomi dalam mentadbir dan merencanakan‎ perjalanan parti di negeri tersebut.

"Ruang autonomi yang dicadangkan adalah dalam soal mengadakan pakatan politik dengan mana-mana parti sama termasuk yang tidak menyertai PR dan BN seperti SNAP, SWP dan STAR.

"Pemuda juga berharap agar wakil Borneo dapar diberikan ruang yang luas dalam parti termasuk berikan kepercayaan untuk menjawat jawatan yang lebih penting asalkan mereka berkemampuan,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana