Nizar Enggan Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Perak

IPOH 26 Jun - Desakan terhadap Datuk Seri Mohamed Nizar untuk berundur dari jawatan ketua pembangkang Perak tidak diendahkan sungguhpun tidak lagi mempunyai jawatan dalam PAS selepas kalah pada Muktamar parti bulan baru-baru ini.

Jelas Nizar, desakan dari Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Saleh tidak relevan ekoran ADUN pembangkang lain masih menyokong beliau menggalas jawatan tersebut.

"Itu mungkin hanya pandangan peribadi beliau (Salman)," katanya.

Nizar berkata, tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempertahankan beliau kerana kenyataan dibuat itu adalah pendirian peribadi Salman.

Ditanya punca Salman mengeluarkan kenyataan itu, Nizar berkata, mungkin pemimpin pemuda kawasan itu mempunyai "motif tersembunyi".

"Atau mungkin ada pihak lain yang mempengaruh beliau," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana