Mat Sabu pertahan DAP enggan hadir muktamar PAS kali ini

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mempertahankan tindakan rakannya DAP yang memboikot Muktamar PAS tahun ini.

Mohamad atau yang dikenali sebagai Mat Sabu sebaliknya dilihat cuba menutup persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak dengan memberi alasan yang tidak munasabah.

"Saya tak tanya mereka lagi (kenapa mereka boikot). Kami jemput (DAP datang ke Muktamar PAS)... yang hadir tadi YB Nik Nazmi.

"Mereka ada hal la tu.. kita pun kadang tidak pergi kenduri," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas tindakan DAP yang mengesahkan parti itu mengambil haluan kiri dengan memboikot muktamar yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga 6 Jun.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata pemimpin DAP tidak akan menghadiri ke Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam hari ini, dan juga Muktamar PAS pusat di Kuala Selangor Khamis ini.

"Ya, kami tidak hadir. Kami juga tidak akan hadir pada muktamar penuh," katanya yang dipetik Malaysiakini.

Beliau dalam pada itu berkata PAS akan mengambil pendekatan bertoleransi dalam menyelesaikan kemelut dalaman yang melibatkan antara DAP dan parti itu.

"Kita akan cari jalan yang terbaik untuk mencari penyelesaian.. akan cari jalan yang terbaik," katanya.

Kemelut dalaman melibatkan DAP dan PAS memuncak apabila DAP mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwanya bekerjasama dengan Umno untuk melanggar semangat konsensus serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR) pada Mac lalu.

Hadi pula pada bulan lalu mengumumkan kesediaan memutuskan hubungan dengan DAP, selepas lebih dua bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan parti sekutu itu mahu memutuskan hubungan dengannya.

Presiden PAS itu juga menegaskan kelakuan dan keceluparan kepemimpinan DAP, terutama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diibaratkan tidak berpijak di bumi nyata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana