Cara Mat Sabu tak betul... tak kena adab kritik Presiden PAS...Kemaruk Nak Berkuasa Lah Tu

PAS Selangor menyifatkan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka sebagai tidak kena pada adab.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau boleh kritik, tapi melalui saluran betul.

“Cara yang diguna Mat Sabu tidak betul. Kita ada platform muktamar. Sesiapa sahaja yang tidak puas hati dengan kepimpinan boleh kritik.

“Bukan cara Pas buat kritikan secara terbuka yang tidak akan membantu menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Ia sebaliknya akan mengeruhkan keadaan,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Mohamad mengkritik Abdul Hadi seperti yang dilaporkan kelmarin.

Menurutnya, kenyataan berbentuk kritikan terhadap Abdul Hadi seolah-olah menunjukkan dua pemimpin itu tidak serasi sekali gus akan memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan dengan memecahbelahkan hubungan kedua-dua pihak itu.

“Saya minta beliau termasuk pihak lain menghentikan segera tindakan mengkritik dan menyerang kepimpinan tertinggi secara terbuka kerana ia akan menambahkan lagi masalah.

“Harap pimpinan yang ada tidak lagi timbulkan isu ini kerana PAS dari dulu hingga kini tidak pernah mengajar ahli atau pemimpinnya membuat kritikan secara terbuka,” katanya.

Terdahulu, Mohamad didakwa mempertikaikan kebolehan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu termasuk mendakwa beliau mahu keluar dari pakatan pembangkang.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pemimpin parti itu tidak perlu menjadi jurucakap kepada musuh semata-mata mahu menang jawatan dalam parti.

Jelasnya, pemimpin tertentu dalam PAS juga perlu berhenti menggunakan perang saraf bertujuan menjejaskan perpaduan dalam parti.

“Di dalam Islam, helah ke atas musuh memang dibolehkan ketika perang, tapi bukan pemilihan sesama ahli parti sendiri semata-mata untuk mendapatkan undi.

“Musuh cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita,” katanya.

Calon Timbalan Presiden menentang penyandang Mohamad Sabu itu berkata, seorang pemimpin yang baik sepatutnya ‘takut’ untuk menerima jawatan bukan berebut jawatan.

Katanya, pemimpin sebenar merasa berat untuk memegang jawatan kerana perlu memikul tanggung jawab yang besar.

Menurut Tuan Ibrahim, sabda Rasullulah S.A.W perlu dijadikan panduan kepada setiap ahli PAS yang berebut untuk menjadi pemimpin.

Katanya, Rasulullah S.A.W pernah berpesan antara lainnya ‘janganlah kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

“Saya berharap semangat keimanan ini terus tersemat kukuh dalam jamaah (kepimpinan) kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut,” katanya.

Tuan Ibrahim menasihatkan perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan parti minggu hadapan memilih dengan bijak, menolak sentimen dan emosi serta mengutamakan kepentingan parti.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2015-2017 pada Muktamar Tahunan ke 61 di Kuala Selangor minggu hadapan dilihat bakal menentukan masa depan PAS bersama Pakatan.

Pemilihan peringkat tertinggi parti memperlihatkan pertembungan dua kumpulan antara pro ulama dan pro liberal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana