BIKIN PANAS JE !!! ISU HUDUD PUN PAS SALAHKAN UMNO !!! APA CERITA NI ?

Mungkin ramai yang sedang kebingungan membaca kenyataan terbaru dari Ahmad Awang,yang cuba menyalahkan UMNO sebagai punca keretakan hubungan PAS bersama DAP di dalam Pakatan Rakyat.Umum setuju dan mengerti,bahawa sejak berpuluh tahun lamanya,Hudud menjadi senjata utama PAS dalam meraih sokongan pengundi,terutamanya pengundi Islam.Kita dapat lihat,bagaimana UMNO dituduh sebagai parti sekular,lantas siri pengkafiran dalam skala besar-besaran dijadikan modus operandi mereka yang menyaksikan graf kebencian terhadap UMNO semakin meningkat hari demi hari.

Hari ini,Di kala ramai yang mahukan perpaduan Melayu dan Islam,Ahmad Awang mengambil tindakan drastik dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional,yang didakwa mempermainkan hudud.Apa sudah jadi dengan calon yang bakal bertanding jawatan Presiden PAS ini ??? Mengapa dia sendiri tidak menyatakan perihal hudud yang diperjuangkan PAS sebelum ini ??? Ahmad Awang cuba bersikap opportunist,dengan menyalahkan UMNO.Seharusnya,dia yang mengaku dirinya mewakili parti Islam,turut sama mengulas tentang perjuangan hudud PAS sekian lama.

mampukah dia mengakui,bahawa PAS sememangnya tidak bercita-cita untuk melaksanakan hudud,tetapi sekadar menjadikan isu berkenaan sebagai modal untuk meraih sokongan semata ??? Bagaimana pula dia mahu memberi pencerahan ke atas kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya dalam isu Memali yang tidak berganjak dari teguh mempertahankan perjuangan PAS ?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana