Apa kelebihan Pada Nizar Sehingga DAP mahunya Lagi?

IPOH 25 Jun - DAP Perak bersetuju mengekalkan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas sebagai Ketua Pembangkang Dun Perak biarpun gabungan PR telah berakhir.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa DAP Negeri, baru-baru ini dengan alasan Mohammad Nizar mempunyai kewibawaan untuk terus mengetuai pembangkang di Dun Perak.

Menurutnya, walaupun DAP memiliki majoriti kerusi Dun pembangkang, mereka masih menaruh kepercayaan kepada wakil Pas itu biarpun hubungan  kini telah berubah.

“Kalau dilihat kepada keadaan semasa, saya sepatutnya jadi Ketua Pembangkang di Dun Perak. Namun, atas semangat setia kawan dan mahu membantu kawan dalam kesusahan, kita kekalkan Mohammad Nizar.

“Mohammad Nizar mempunyai rekod yang baik sebagai ketua pembangkang. Jadi tiada isu jika dia terus mengetuai pakatan pembangkang di Perak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kor Ming berkata, biarpun keputusan dibuat Pas dalam Muktamar Tahunan lalu untuk memutuskan kerjasama dengan DAP memberi kesan terhadap hubungan kerjasama PR, ia tidak pun merosakkan hubungan setia kawan sesama ahli parti.

"Kita telah maklumkan kepada DAP Pusat mengenai keputusan ini.  Ia dibuat bersandarkan kapasiti beliau sebagai Adun dan tiada kaitan dengan parti yang diwakili," katanya.

Kor Ming memberitahu, secara peribadi DAP Perak juga masih mempunyai hubungan baik dengan ahli Pas di negeri ini termasuk dengan Pesuruhjayanya, Razman Zakaria.

“Kita masih jaga hubungan silaturahim dengan ahli-ahli Pas Perak dan harap hubungan ini terus berkekalan biarpun kami bukan lagi dalam satu pakatan," katanya.

Untuk rekod, pembangkang di Perak mempunyai 28 kerusi iaitu 18 daripadanya milik DAP manakala Pas dan PKR masing-masing lima kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana