Amy Search Kesal Kaitkan Penubuhan Tahfiz dengan Nabila Huda

Penyanyi rock legenda, Amy Search meminta orang ramai berhenti mengaitkan penubuhan sekolah tahfiz miliknya, Sekolah Al-Quran dan Hadis Al-Bayan dengan Nabila Huda.

Beliau berkata, walaupun Nabila yang kini mempunyai cahaya mata tunggal telah semakin matang dalam menjalani kehidupan, ianya bukan sebagai penghalang buat dirinya menjalankan amanat sebagai seorang bapa untuk terus mendidik dan menegur anaknya itu.

“Dia (Nabila) pun sudah besar. Bukan budak-budak lagi. Jadi, dia perlu bertanggungjawab di atas setiap perbuatan yang dilakukannya.

"Sebagai seorang bapa, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menasihati dan mendidiknya.

“Sudah tentu juga, sebagai bapa, media dan masyarakat akan terus bertanya mengenai perangai anak-anaknya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau turut yakin anaknya itu bakal diberi hidayah untuk berubah satu hari nanti.

Bercakap mengenai sekolah tahfiz yang ditubuhnya itu, Amy menjelaskan bahawa tujuannya amat meluas dalam menyebarkan dakwah di samping memberi kebaikan kepada masyarakat

Amy juga bercadang untuk mengadakan kelas agama khusus untuk golongan dewasa yang ingin mendalami ilmu agama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana