1MDB : Laporan Polis Dibuat Terhadap Berita Palsu Oleh TMI Dan The Edge

KUALA LUMPUR 25 Jun - Satu laporan polis dilakukan oleh satu badan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Cina Malaysia (JCM) terhadap media The Malaysian Insider (TMI) dan The Edge berikutan telah menyebarkan maklumat palsu mengenai 1Malaysia Delopment Berhad (1MDB) baru-baru ini.

Presidennya, Ng Lum Yong berkata, tindakan kedua-dua portal tersebut telah menimbulkan fitnah terhadap 1MDB.

"Kedua-dua portal itu telah menggunakan maklumat palsu itu yang telah dibocohkan daripada kakitangan PertolSaudi.

"Perkara tersebut telah menimbulkan banyak isu di negara kita terutama dalam bursa saham yang telah mendapat kesan buruk," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebentar tadi.

Menurutnya, pihak polis mesti membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua portal tersebut.

Katanya, ia bukan pertama kali penyebaran fakta yang salah oleh kedua-dua portal itu sebaliknya ia banyak kali berlaku.

"Butiran yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua portal itu langsung tidak tepat sekaligus menjadikan negara dan ekonomi kita huru-hara.

"Pucuk pimpinan negara dan (syarikat) 1MDB turut terkena tempias daripada laporan yang salah daripada portal tersebut. Laporan tersebut juga telah dinafikan oleh Kementerian Kewangan dari masa ke semasa," katanya.

Tambahnya, cara kebebasan bersuara oleh pihak media bukannya dengan cara menyampaikan berita palsu seperti kedua-dua portal itu sebaliknya media perlu melaporkan dengan fakta yang tepat.

"Sekiranya media melaporkan berita palsu dan disebarkan, ia boleh mendatangkan ancaman kepada negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana