Warga PDRM terguris...desak Azmin mohon maaf terbuka caci Ketua Polis Negara 'barua UMNO'

Inilah perangai biasa puak pembangkang.Sendiri buat salah langgar Akta Perhimpunan Aman buat demo anti-GST 1 Mei lalu,bila kena tindakan polis pula jadi sasaran kecaman.

Malah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang konon nak tunjuk marah sudah keterlaluan bila menghina Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mempersoalkan apakah beliau 'barua UMNO'.

Polis telah menahan sebilangan aktivis dan pemimpin pembangkang ekoran demo itu.Namun mereka dibebaskan setelah keterangan diambil.

Penganjur demo telah melanggar arahan polis buat perhimpunan di Padang Merbok sebaliknya berarak di berbagai lokasi menuju ke KLCC.

Perbuatan Azmin pada satu majlis ceramah di kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh Ahad malam lalu turut mengundang rasa kesal dan marah kalangan para pegawai polis kerana menilainya satu penghinaan terhadap institusi Polis Diraja Malaysia.

Ini dinyatakan dalam kenyataan Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis (Cawangan Pegawai Diwartakan) Datuk Shah Gzali Shahadad Rabu.

Kenyataan itu juga dibuat bagi pihak Pegawai Kanan Polis (Cawangan Inspektor) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis.

Tiga laporan polis juga telah dibuat terhadap kata-kata cacian Azmin itu.

Pada ceramah di depan kira-kira 200 orang Menteri Besar Selangor dilapor bertanya samaada ada anggota Cawangan Khas polis di situ kerana beliau hendak hantar mesej kepada Khalid.

Orangramai di situ menjerit " Ada".

" SB,tolong datang ke depan,tolong tanya ketua kamu samaada dia hendak jadi Ketua Polis Negara atau barua BN dan UMNO'

Kata Shah Gzali seluruh warga PDRM mengecam keras tindakan Azmin mencaci dan menyelar Ketua Polis Negara.

Menurutnya perbuatan itu bererti mencaci dan menyelar seluruh institusi PDRM yang menjalankan tanggongjawab terhadap rakyat tanpa berkiblatkan fahaman politik,bangsa ataupun agama.

"Kami mendesak agar YAB Mohamed Azmin mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap penghinaan keatas PDRM",katanya.

Menurut Shah Gzali seluruh warga PDRM amat terguris dengan kenyataan itu kerana Ketua Polis Negara adalah sebuah institusi.

"Penghinaan sebegini bererti seluruh institusi PDRM adalah barua politik.Penghinaan tersebut memberi kesan yang mendalam kepada setiap lapisan warga PDRM".

"Sebagai seorang Menteri Besar yang berpendidikan dan berjawatan tinggi adalah tidak wajar YAB Mohamed Azmin Ali mengunakan kata-kata yang sebegitu jelek dan kesat terhadap sesama manusia.

"Tidak seharusnya cerajmah politik digunakan untuk tujuan menghasut dan menghina.Apatah lagi sebagai satu platform untuk membangkitkan kebencian masyarakat membenci dan menentang polis."

"PDRM tidak pernah mencamnpuri urusan politik an tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti politik."

Katanya lagi seluyruhwarga PDRM berharap Azmin lebih berhemah ,bersopan dan bersusila dalam menyempaikan ceramah politik kerana bahasa melambangkan bangsa.

Shah Gzali menjelaskan kenyataan ini tidak dibuat serta merta sebaik saja cacian itu dibuat oleh Azmin seperti dilapor di media sosial kerana kemungkinan salah rujuk dan salah tafsir.

Namun setelah beberapa hari Azmin tidak membuat sebarang kenyataan menyangkalnya maka adalah sah beliau bertindak diluar batasan terrtib dan budaya sehingga sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri demi kepentingan politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana