Wan Azizah Flip-Flop Lagi

KUALA LUMPUR 19 Mei - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini membuat kenyataan flip-flop dalam isu kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkannya semalam.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak mencadangkan untuk menubuhkan kabinet bayangan tetapi jawatankuasa Parlimen dari kalangan ahli Dewan Rakyat PR.

"Bukan kabinet bayangan, tapi jawatankuasa Parlimen," katanya lapor The Malaysian Insider.

Kenyataan Wan Azizah ini sekaligus bercanggah daripada apa yang dikatanya semalam yang menyebut akan melancarkan beberapa reformasi demokrasi mengikut acuan PR.

"Mengadakan perbincangan hati ke hari dengan kepimpinan Pakatan Rakyat atas dasar persetujuan bersama untuk mematahkan dakyah politik, perkauman dan agama oleh kerajaan BN/UMNO.

"Menyatakan kembali jawatankuasa kabinet bayangan Pakatan Rakyat dimana setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti," katanya semalam.

Walaubagaimanapun, cadangan Wan Azizah ini tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang melihat kabinet bayangan PR tidak lagi relevan.

"Ia tidak lagi praktikal untuk dilaksanakan. Lebih baik setiap parti mempunyai Kabinet bayangan masing-masing," kata Ahli Parlimen Bagan itu, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana