Wan Azizah Akui Tiada Kesepakatan Untuk Tubuh Kabinet Bayangan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui tiada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kabinet bayangan.

Beliau turut memberi alasan bahawa pembentukannya tidak dapat direalisasikan atas faktor kewangan dan PR tidak mempunyai infrastruktur untuk melaksanakannya kecuali pihak pentadbiran Parlimen membantu menanggung kos perbelanjaan dan kos-kos yang berkaitan.

"Parlimen seharusnya membantu penubuhan kabinet bayangan PR. Justeru itu, atas faktor kewangan dan tiada kesepakatan antara parti DAP, PAS, PKR, kabinet bayangan itu tidak dapat direalisasikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen Selasa.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu turut menafikan bahawa beliau telah mencadangkan pengwujudan semula kabinet bayangan pada sidang media semalam sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan beliau adalah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Parlimen yang bertujuan memperkukuh sistem periksa dan imbang.

Dr Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa yang menolak cadangan ketua pembangkang itu untuk menubuhkan kabinet bayangan PR.

Lim dilapor sebagai berkata kabinet bayangan PR adalah tidak praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.

Pada Isnin, Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata jawatankuasa kabinet bayangan pembangkang untuk setiap kementerian akan diwakili oleh anggota Parlimen PR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana