Walaupun Hujan PM Kita Tetap Hadir Ke Peserta Larian Pekerja Muda Di Putrajaya...Terbaik

PUTRAJAYA – Tanpa mengendahkan hujan yang turun dan tanpa berpayung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan para peserta Larian Pekerja Muda ‘9 to 5′ di sini Sabtu.

Walaupun tidak mengambil bahagian dalam acara itu, beliau yang tiba pada pukul 7.20 pagi tetap lengkap berpakaian sukan baju T berwarna biru, seluar sukan berwarna hitam dan bertopi.

Seramai 16,800 orang mengambil bahagian dalam acara itu yang dianjurkan bersama Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) dan Persatuan Belia Pekerja Muda (BPM).

Acara itu merupakan inisiatif pegawai dan profesional muda dalam perkhidmatan awam serta swasta sebagai usaha mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Ia turut mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘The Most Number of Unions Participating in a Run’ apabila pekerja daripada lebih 50 kesatuan pekerja dalam perkhidmatan awam dan swasta mengambil bahagian.

Presiden BPM, Dazma Shah Daud berkata pihaknya menyasarkan jumlah peserta adalah seramai 10,000, namun ia mencecah sehingga 16,800 orang.“Jumlah pendaftaran sangat tinggi daripada sasaran sehingga kita terpaksa menolak banyak permohonan untuk pendaftaran,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana