WAKIL RAKYAT DAP DESAK PENJELASAN Projek terowong dasar laut di Pulau Pinang

PULAU PINANG 12 Mei - Seorang wakil rakyat DAP terpaksa membuat desakan secara terbuka di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selepas kecewa dan tidak berpuas hati apabila isu yang dibangkitkan tidak dijawab kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey berkata, beliau terpaksa melakukan tindakan itu selepas usaha mendapatkan penjelasan dalam dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tidak mendapat jawapan sewajarnya.

Menurutnya, beliau mahukan penjelasan mengapa projek terowong berkenaan diberi keutamaan walaupun tidak menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

“Saya tidak faham kenapa projek terowong ini terlalu diminati kerajaan negeri sedangkan sepatutnya keutamaan projek harus mengikut pelan induk terbabit.

“Apa tujuan melantik syarikat perunding untuk membuat pelan induk itu tetapi kerajaan negeri sendiri tidak mahu mengikutinya,” katanya kepada pemberita di lobi DUN Pulau Pinang, di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Soo Huey meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang mengkaji semula cadangan menebus guna tanah di kawasan Pulau Gazumbo berhampiran Jambatan Pulau Pinang.

Menurut beliau, kawasan itu yang turut dikenali sebagai Middle Bank merupakan habitat utama hidupan marin terutama rumpai laut di negara ini sekali gus tidak wajar dikorbankan atas nama pembangunan.

“Jika Persiaran Gurney sudah ditebus guna untuk projek pengangkutan, saya rasa tidak perlu lagi untuk menebus guna tanah di Middle Bank,” katanya.

Turut mempertahankan Pulau Gazumbo daripada diceroboh itu ialah seorang lagi wakil rakyat DAP, Teh Yee Chue yang menggesa kerajaan negeri ikhlas memelihara kawasan laut dan sumber maritim negara.

“Kerajaan negeri harus mewartakan kawasan Middle Bank sebagai lokasi marin bagi menjamin ekosistem negeri ini," katanya yang juga ADUN Tanjung Bungah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana