Usik mengusik Pandikar di hari pertama sidang Dewan Rakyat

"Saya tak bertanding pun,YB"...itu kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara berjenaka ketika kembali bertugas pagi Isnin setelah didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sudah letak jawatan.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab usikan Ahli Parlimen BN Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said sewaktu bangun untuk mengemukan soalan pertama pada sesi soal jawab.

Kemunculan Pandikar pada hari pertama sesi sidang Dewan Rakyat kali ini agak mencuri perhatian ramai.

Ini gara-gara dakwaan bekas Perdana Menteri semasa ceramah di Ipoh Sabtu kononnya beliau sudha letak jawatan Speaker Dewan Rakyat.

Selain Azalina,Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali juga mengusik beliau memintanya jangan tunduk pada tekanan letak jawatan.

Pandikar spontan menjawab beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan.

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar juga cuba buat lawak kata gembira nampak Pandikar terus ada dalam dewan.

Katanya ingat datang sidang kali ini sudha tidak nampak beliau.

Speaker Dewan Rakyat itu kelihatan relaks namun tetap tegas mempengerusikan mesyuarat seperti biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana