Umno Perlu Ikut Acuan Masa Kini Untuk Terus Relevan

KUALA LUMPUR: Dalam menyahut seruan supaya Umno kekal relevan, rata-rata anggota parti berpendapat ini perlu dilakukan mengikut acuan dan selera transformasi masa kini untuk terus mendapat sokongan rakyat, disebalik pelbagai isu dan kontroversi yang timbul.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata bahawa jangkauan parti itu harus sampai ke setiap lapisan masyarakat termasuk mereka yang tidak menyokong dan juga di atas pagar.

Dari situ, program-program parti dan segala usaha yang dirancang akan diterima dan dilaksanakan untuk faedah semua pihak dan bukannya sesetengah pihak semata-mata, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Umno ke-69 di sini, Isnin malam.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis itu antara lain meminta anggota parti sama-sama menjadikan Umno terus diterima masyarakat dan menanamkan benih kepercayaan bahawa dasar parti akan diterima baik anggota mahupun bukan anggota dengan acuan transformasi yang sesuai.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyanti Samsudin berkata jika anggota Umno sayangkan parti dan inginkan terus mendapatkan kepercayaan masyarakat, mereka perlu bersama-sama dengan kepimpinan walaupun diasak kiri dan kanan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata parti itu perlu berusaha lebih untuk terus kekal relevan dan menjadi pilihan kerana sokongan masyarakat Cina, baik terhadap parti dan Barisan Nasional, tidak begitu kukuh.

Sementara itu pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional berharap semangat Umno yang menyatupadukan perlu terus dikekalkan.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata semangat Umno itu perlu diserapkan ke parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.

Senada dengannya, Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng menyifatkan sebuah parti yang kukuh seperti Umno perlu mendapat sokongan padu termasuk di peringkat kepimpinan dan kekal bersatu walau apa jua rintangan yang dihadapi.

Bagi Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup pula, Umno perlu berusaha mendapatkan lebih perhatian daripada generasi muda untuk terus menjadi pilihan kerana golongan itu yang akan mengubah dan mengerakkan masa depan negara.

"Apa guna transformasi kalau tidak sampai kepada belia? Mereka perlu diutamakan untuk menggerakkan transformasi," katanya.-- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana