U-Turn hanya atas kertas... tiada jentera Pemuda PAS di Permatang Pauh

Ini pepatah Melayu kata 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,'.
Tinggal lima hari lagi tempoh berkempen... masalah PKR dan PAS di Permatang Pauh tidak juga selesai.

Beberapa ahli parti itu berkata, u-turn yang dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang baru-baru ini kononnya tidak lagi boikot PKR hanya atas kertas.

Di lapangan keadaan jauh berbeza, tidak ada jentera PAS yang bantu jentera PKR di kawasan-kawasan Melayu yang meliputu 70 peratus di Permatang Pauh.

"PKR terpaksa kerah jentera-jenteranya lebih dari biasa untuk pilihanraya kali ini, dan jentera PKR dari luar tidak faham 'gelanggang' menyebabkan banyak gerak kerja pilihanraya tidak disempurnakan," ujar salah seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang ditemui Agendadaily.

Yang pasti gerak kerja biasa pilihanraya seperti culaan undi, semakan pengundi luar, bacaan sikap tidak disempurnakan oleh jentera PKR.

Ini pelik kerana Permatang Pauh kononnya kubu PKR paling kuat di dunia.

Realitinya tanpa jentera PAS, PKR hanya jadi ibarat  'ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor penuh tahi'.

Sementara itu, PAS Terengganu menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berhubung tuduhan yang dibuat Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengatakan Presiden PAS cuba bekerjasama dengan UMNO.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, sekiranya AMK ada maruah dan adab, mereka perlu membuat permohonan maaf, tambahan isu tersebut sudah lama dinafikan Abdul Hadi.

Pihaknya terkilan kerana isu tersebut masih dimainkan oleh rakan pakatan sedangkan Pas dengan jelas berpendirian untuk sentiasa konsisten bersama Pakatan sebagaimana diputuskan pada Muktamar Tahunan PAS lalu.

"AMK sepatutnya minta maaf jika ada maruah dan adab, kerana perkara ini sudah lama dinafikan oleh Presiden PAS. Namun mereka dilihat berterusan memainkan isu ini, begitu juga dengan isu UG (kerajaan perpaduan). Itu isu untuk jatuhkan presiden dan satu fitnah," katanya.

Sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang mengalah dan menggerakkan semula jenteranya bagi membantu PRK Permatang Pauh dengan alasan memastikan kerusi parlimen itu tidak jatuh ke tangan musuh Pakatan.

Sungguhpun begitu, mereka masih kekal dengan desakan agar AMK Pulau Pinang memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan biadab dan memfitnah Abdul Hadi, dua bulan lalu, dan dalam kenyataan berasingan, beliauberkata, tindakan berkenaan wajar dilakukan.

Mengulas lanjut, Satiful menyatakan, ahli mana-mana parti pasti tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak hina presiden mereka.

Katanya, tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot PRK Permatang Pauh sebelum ini merupakan isyarat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana