Tuduhan kronisme: MB Perak anggap kerja budak nakal

Barangkali oleh kerana sudah tidak ada isu panas untuk dikitar semula menjelang Muktamar Agongnya bulan depan,Pemuda PAS Perak minggu lalu menjadikan isu sebuah projek di bandaraya Ipoh sebagai satu  bukti amalan kronisme di negeri ini.
Mereka mendakwa amalan kronisme ini dilakukan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan mengutamakan pemberian projek kepada orang-orang kanannya.

Peliknya dakwaan sama pernah kedengaran juga datang dari  pemimpin sama iaitu Ketua Pemda PAS negeri. Seolah-olah ada dendam politik yang tidak habis-habis.

Ironinya DAP yang lantang menghina dan memboikot Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dibiar berkokok tanpa mereka berani menegur.

Di Perak mereka mengambil pendirian double standard dengan menimbulkan isu amalan kronisme bagi mengambarkan salah laku pemimpin BN.

Bekas ketuanya Raja Ahmad Iskandar ketika berucap di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS negeri ke32 di Ipoh pada 17 Mei lalu mendakwa “pengagihan projek pembangunan di Perak sering memihak kepada orang-orang kanan Menteri Besar semata-mata.”

Yang beliau maksudkan ialah Amanjaya Properties, yang merupakan pemaju projek Ipoh SOHO 2 di Jalan Sultan Idris Shah di Ipoh.

Ketika diajukan soalan ini, Menteri Besar dengan nada releks menganggap tuduhan tersebut persis datang dari budak nakal.

Beliau berkata tuduhann bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Perak itu “ terhadapnya seperti sifat budak-budak nakal yang tidak mempunyai kerja lain.”

"Dia pun lintang-pukang, parti dia pun lintang pukang sekarang, mereka tidak ada kerja lain.

"Dia suka bila kacau saya dan dia suka kalau kot-kot saya menjawab, jadi saya perlu jawab budak-budak nakal punya kerja," katanya.                                                                                            
Sementara itu mengulas isu sama Amanjaya Properties selaku pemaju utama projek Ipoh SOHO 2  menafikan tuduhan Pemuda PAS Negeri bahawa wujudnya agenda kronisme dalam membangunkan projek berkenaan.

Menjawab tuduhan melalui satu kenyataan media syarikat korporat itu berkata “ tuduhan itu timbul akibat beberapa kekeliruan.”

Salah satu ialah berlaku kekeliruan apabila projek mega itu diserahkan kepada sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan.

"Ipoh SOHO 2 dimajukan syarikat MH Amanjaya Properties Sdn Bhd (MHAP) iaitu satu syarikat usahasama di antara Amanjaya Properties Ventures Sdn Bhd (APV) dan Man Hoe Properties Sdn Bhd.

"Anak syarikat Man Hoe Holdings Sdn Bhd Amanjaya Properties Venture Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat Amanjaya Holdings & Ventures Sdn Bhd (AHV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Perak (PMB).

Untuk rekod, Man Hoe Holdings Sdn Bhd. merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Ipoh dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun membangunkan pelbagai projek perumahan dan komersil.

Syarikat tersebut juga telah membangunkan dan mengendalikan 4 buah hotel di sekitar negeri Perak.

Kenyataan itu menambah sebarang keputusan yang diambil berhubung pemilihan rakan usahasama berdasarkan cara yang telus, beretika serta memihak kepada pengalaman dan kebolehan sesebuah syarikat tersebut menjayakan mana-mana projek yang pada dasarnya mengutamakan kepentingan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana