Tuan Ibrahim Sayang Sangat Kah Pada Jijah Yer....yakin PAS Bagan tak terlibat dalam protes Azizah

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man enggan mempercayai ugutan bahawa PAS kawasan Bagan mahu merosakkan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini sebagai tanda protes kepada calon PKR.

Ini kerana ujar beliau PAS Pusat sudah membuat keputusan parti Islam itu akan bersama-sama dalam kempen bagi membantu Presiden PKR Datuk Seri dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah beliau yakin tindakan protes ini dilakukan oleh pihak luar sebagai tanda sabotaj atau provokasi untuk menjejaskan kempen.

"Saya yakin ini bukan datang dari PAS, kerana biasa kalau parti (Pusat) buat keputusan dia tidak akan bercanggah dengan keputusan parti.

"Sebab musim ni (PRK) mungkin kadang-kadang sabotaj, provokasi pihak-pihak tertentu. Mungkin awak boleh rujuk dengan yang dipertua PAS kawasan Bagan sendiri tapi saya yakin benda itu tidak daripada PAS. Mungkin provokasi dari pihak-pihak luar," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Petang semalam, PAS Kawasan Bagan, masih enggan menyatakan sokongan kepada Azizah kerana tindakan PKR menolak rang undang-undang persendirian berhubung bidang kuasa mahkamah syariah (hukum hudud).

Selain pimpinan DAP dan ahli-ahli PKR dilihat masing-masing melakukan serangan peribadi terhadap presiden mereka tambahan menjelang pemilihan parti yang akan diadakan pada Jun depan.

Malah mereka turut mengingatkan DAP dan PKR bahawa parti itu mempunyai kira-kira 10,000 pengundi yang boleh melakukan protes senyap terhadap Azizah jika terus memperlekehkan PAS dan presiden mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana