TPM ulas klip video panas ucapan beliau mahu lembaga pengarah 1MDB dipecat dan disiasat

Selain pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ,penyebaran satu klip video mengandongi ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 1MDB di satu perjumpaan tertutup UMNO pagi Khamis telah mencuri perhatian ramai.
Ini kerana dalam video yang asalnya dimuatnaik dalam sebuah laman blog itu Timbalan Presiden UMNO itu kedengaran tegas berpendapat lembaga pengarah 1MDB wajar dipecat dan disiasat oleh polis kerana isu berkenaan telah menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri.

Dalam sidang akhbar beliau di lobi Parlimen sejurus Perdana Menteri selesai membentangkan RMK11,soal video berkenaan telah menjadi salah satu soalan yang ditujukan kepadanya.

Muhyiddin dengan tenang mengesahkan apa yang terkandong dalam video berkenaan adalah benar.

Katanya beliau bercakap demikian dalam satu perjumpaan tertutup UMNO.

Menurutnya ia pandangan peribadi beliau.

"Ia bukan perkara baru tentang apa yang saya cakap.Saya pernah menyebutnya secara terbuka di luar sebelum ini,"katanya.

Katanya beliau hanya mahu berkongsi pandangan dengan para pemimpin UMNO lain  agar mereka lebih memahaminya.

Beliau menjelaskan apa yang penting ialah satu penyelesaian dicapai keatas isu itu.

Perjumpaan tertutup itu yang dianjurkan oleh Biro Latihan UMNO dipercayai diadakan di kem latihan parti itu di Janda Baik.

Antara yang kelihatan hadir di perjumpaan itu dimana semua berpakaian seragam latihan yang sama ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi,Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam perjumpaan itu Muhyiddin antara lain menyuarakan kebimbangan jika isu 1MDB tidak ditangani segera ia boleh menjejaskan parti.

"Saya beritahu Perdana Menteri pecat semua lembaga pengarah 1MDB.Mereka harus dipecat kerana sebab mereka,Perdana Menteri terpaksa menanggung beban.Namun mereka belum dipecat lagi,"katanya.

Kata Muhyiddin hanya tindakan tegas saja dapat meyakinkan rakyat.

"Jika tidak ia akan jadi beban yang boleh menjatuhkan kita,"katanya.

Pada ucapan itu Timbalan Perdana Menteri juga menafikan dakwaan kononnya ada komplot terhadap Perdana Menteri semasa lawatannya ke expo di Milan baru-baru ini.

Katanya dakwaan yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim yang melibatkan nama Tun Daim Zainuddin,Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz adalah tidak benar.

Menurut beliau Nazri sendiri datang ke expo itu untuk melawat pavilion Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana