Timbalan Presiden PAS: Tuan Ibrahim Lawan Mat Sabu...Tak Boleh Pakai

KUALA LUMPUR: PAS pada Rabu mengesahkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu (atau Mat Sabu) akan dicabar oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61, Jun ini.

Pengumuman tersebut menamatkan teka-teki mengenai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dikatakan layak bertanding untuk jawatan berkenaan.

Sebaliknya, Mohd Amar akan bertanding bagi jawatan naib presiden bersama lima lagi calon lain iaitu Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Iskandar Samad, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ini, jawatan naib presiden disandang oleh Husam, Salhuddin dan Tuan Ibrahim.

Bagi jawatan presiden, penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar Ahmad Awang.

Pada pemilihan PAS dua tahun lalu, Abdul Hadi mempertahankan jawatannya selepas menang tanpa bertanding.

Sementara itu, penyandang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat akan berdepan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz untuk merebut jawatan tersebut.

Manakala, jawatan timbalan ketua pemuda PAS Pusat akan menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara penyandangnya, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff akan dicabar Nuridah Salleh bagi jawatan tersebut manakala Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Rosni Adam akan merebut kerusi timbalan ketua Dewan Muslimat.

Jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pula menyaksikan 55 calon bertanding merebut kerusi tersebut.

Bagi jawatan ahli jawankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, calon yang akan bertanding hanya akan diumumkan selepas proses penyerahan surat jawapan selesai.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, calon yang layak bertanding jawatan-jawatan tersebut perlu mengemukakan jawapan mereka selewat-lewatnya pada pukul 5 petang Isnin depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana