Tertekan dan goyang... Azizah mula salah SPR...Itulah Cara PR...

Ketika kempen sudah berada di garis penamatnya, Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula mendendangkan lagu lama dan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tertekan dengan jumlah keluar mengundi yang merosot sehingga 12 peratus di PRK Rompin Selasa yang dibimbangi memberi kesan sama pada pembuangan undi PRK Permatang Pauh, Khamis.

Beliau bagaimanapun menyalahkan tindakan SPR yang menetapkan tarikh pilihan raya itu pada hari bekerja dan menyukarkan pengundi untuk pulang melunaskan tanggungjawab mereka.

"Kita melihat bagaimana SPR menganaktirikan kita, sebab ini adalah cuti panjang, sepatutnya Permatang Pauh patut buat pemilihan lebih awal lagi dari PRK Rompin.

"Dengan apa yang telah SPR lakukan, memang akan menjadi (merosot) kita harap tidak terkesan sangat, harap orang mengambil inisiatif untuk balik mengundi," katanya.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) diibaratkan sudah ‘menang tanpa bertanding’  selepas PKR gagal mengemukakan manifesto mereka sehingga kini.?

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pengundi Permatang Pauh sepatutnya menilai kegagalan tersebut dari sudut kesungguhan PKR mahu membela nasib mereka.?

Menurut beliau, manifesto ditawarkan BN yang berteraskan enam kebajikan rakyat merupakan komitmen dan janji parti tersebut untuk menawarkan kehidupan lebih baik kepada penduduk di Parlimen berkenaan.?

“Malangnya, PKR sehingga kini tidak menjanjikan apa-apa untuk diadili dan dinilai rakyat melainkan menyerang dan memfitnah BN dengan pelbagai tuduhan.?

“Sebab itu kita berharap pengundi di Permatang Pauh membuat pertimbangan sewajarnya dalam memilih wakil rakyat yang benar-benar mahu berkhidmat untuk mereka ketika keluar mengundi esok,” katanya.?

Seramai 72,496 pengundi esok akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK berkenaan yang menyaksikan pertandingan empat penjuru.??Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin akan ditentang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana