TERDESAK DAN BUKTI PEMBOHONGAN TENTANG PEMBUBARAN UMNO CAWANGAN GUAR JERING JAYA

Hari ini, Pembangkang telah merekacipta satu isu murahan yang memalukan mereka. Seorang pemimpin ADUN tempatan turut terlibat dalam sarkas murahan ini.

Seorang individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan PKR Permatang Pauh, pagi ini.

Pembohongannya:
Asri Ahmad, 44, yang mengaku menjadi ahli Umno selama lebih 30 tahun berkata, cawangan yang ditubuhkan pada 2006 dengan 68 orang ahli itu dibubarkan kerana diabaikan kepimpinan tertinggi Umno.

"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.
"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.

Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.

Yang benarnya ialah cawangan Guar Jering Jaya ini telah pun dibubarkan sebelum ini dan bukannya hari ini! Lihat surat rasmi di bawah :


Sungguh memalukan apabila individu ini telah berbohong tentang status beliau dan cawangan Guar Jering Jaya.

Yang lebih memalukan ialah penglibatan ADUN Seberang Jaya di dalam drama murahan yang tidak menjadi dan memalukan beliau serta seluruh jentera pilihanraya Pakatan Pembangkang.

Lain kali jangan perbodoh-bodohkan diri dengan rekacipta yang tidak menjadi dan terpalik ke muka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana