Teka teki agenda di sebalik provokasi melampau DAP terhadap PAS...

Mengapa DAP memberi tekanan politik yang teruk kepada PAS akhir-akhir ini? Adakah kerana hendak berkempen untuk calon tertentu menang dalam pemilihan parti itu dalam Muktamar PAS 4 hingga 6 Jun ini. Atau ada ada agenda lebih besar lagi?
Benarkah serangan bertubi-tubi DAP pada batang tubuh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Untuk rekod, DAP Sarawak sudah lama memutuskan hubungan dengan PAS negeri tapi itu tidak cukup kuat untuk tarik undi Bumiputera bukan Islam di Sarawak menyokong DAP.

DAP sudah membolot hampir 85 peratus undi kaum Cina di Sarawak dalam pilihanraya negeri lepas, dan hanya menang 12 dari 71 pada 2011.

Peningkatan sekali ganda berbanding 2006 yang menyaksikan DAP hanya menang enam kerusi DUN.

Tanpa PAS sebagai gandingan dalam Pakatan, DAP dan PKR punya tawaran lebih menarik kepada Bumiputera bukan Islam di negeri tersebut.

Ada pemerhati politik yang menilai boleh jadi sebab itulah PAS diserang bertubi-tubi dengan sasaran DAP adalah Abdul Hadi dan Hudud.

Bagi Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Pakatan akan berpecah jika DAP terus memberi tekanan kepada PAS.

Anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat ini beri kata dua DAP perlu menghentikan polemik serangan terhadap PAS agar parti itu kekal berada di dalam pakatan pembangkang.

"Kalau PAS main rentak DAP, makin jadi pecahlah," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, Rabu.

Beliau turut senada dengan anggota PAS yang lain yang tidak berpuas hati dengan tindakan DAP terus menyerang peribadi kepimpinan ulama termasuk presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Bagi saya, kalau semakin DAP serang ulama seperti presiden (Abdul Hadi), semakin orang (anggota parti) simpati kerana hendak mengundi bukan DAP, tetapi ahli PAS. Tak tahulah kalau DAP mahu Haji Abdul Hadi kekal (presiden) senang hendak keluar Pakatan Rakyat," katanya sinis.

Mengenai provokasi DAP cabar PAS bertindak keluar pakatan pembangkang dan membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional (BN), beliau menyifatkan ia sebagai 'muslihat politik' dan yakin parti itu tidak akan mengambil tindakan sedemikian.

"Saya tak suka isu yang dibangkitkan DAP diperbesarkan. DAP banyak merujuk kepada isu hudud dan isu PAS nak sertai BN, sedangkan bagi kita, presiden saya sendiri yang saya faham isu ini tiada dan tidak berbangkit.

"Pertama sekali, saya sebut isu hudud ini bukan sepatutnya isu yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat," katanya sambil berharap pimpinan tertinggi PAS mempunyai langkah untuk meredakan keadaan itu.

Pada Ahad lepas, Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu, sekali gus menggambarkan pakatan itu kini di ambang perpecahan.

Kenyataannya jelas merujuk kepada pemilihan PAS yang dikatakan bakal dikuasai oleh golongan ulama.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Haji Hadi keluar dari Pakatan Pembangkang jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula dilaporkan berkata PAS Kelantan tidak menolak kemungkinan tindakan DAP yang akhir-akhir ini banyak menghentam Abdul Hadi adalah satu provokasi mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang.

DAP, katanya, tidak sepatutnya bertindak demikian jika benar-benar memikirkan kepentingan bersama dalam pakatan tersebut.

"Jika dilihat dari sudut yang negatif boleh jadi DAP sengaja membuat provokasi ini untuk mendesak PAS keluar daripada PR. Boleh jadi...," katanya.

Mohd Amar berkata sikap yang ditunjukkan DAP itu terlalu keras dan mencetuskan ketegangan perasaan semua anggota parti.

"Perbezaan pendangan satu perkara yang kita tidak boleh lari dalam pakatan ini...kita pun tahu. Kita dan DAP ada aspek berbeza, cuma sekarang ini tindakan DAP ini sudah lebih," katanya.

"PAS juga mempunyai perasaan. Kalau berlaku apa-apa lepas ini DAP tidak boleh menyalahkan PAS. Kemungkinan itu banyak. Dia (DAP) kena bersedia dan jangan salahkan sesiapa lepas ini," katanya.

Mohd Amar yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata sehingga kini PAS berpegang kepada penggunaan bahasa yang cermat demi kepentingan semua parti dalam pakatan itu.

"Kita harap DAP ambil kira perkara sama tetapi nampaknya tidak. Bahasa yang digunakan itu bagi kita keras dan hina presiden dengan bahasa kasar... itu kita tidak dapat terima," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana