Tanda Kejatuhan Jijah.....Protes PAS Bagan tidak selari dengan arahan Pusat - Suhaizan

PULAU PINANG: PAS tidak akan membuat semakan status ahli akar umbi PAS Bagan yang sudah beberapa kali mengikari arahan PAS Pusat bagi menyatakan sokongan mereka kepada calon PKR di Permatang Pauh.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, penyemakan itu tidak perlu dibuat ekoran tiada sebarang laporan rasmi dilaporkan kepada PAS Pusat buat masa ini.

"Bergantung kepada laporan demo itu, kalau ada laporan, semua laporan daripada ahli PAS itu akan dikenali," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar program Walkabout di Paklong Corner di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penganjur dan peserta demo PAS Bagan yang dikatakan sudah beberapa kali membuat bantahan dan menyatakan protes mereka.

Semalam PAS Bagan mengancam PKR dan DAP bahawa kira-kira 10,000 ahlinya tidak akan memberi undi kepada calon PKR Permatang Pauh ekoran tindakan kedua-dua parti itu yang sering memperlekehkan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, penganjur yang sama turut mengadakan demo pada 4 April lalu bagi menyatakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang diingatkan agar tidak bersikap kurang ajar dengan berterusan menyerang presiden mereka.

Ingatan itu disuarakan PAS kawasan Bagan yang berdiri teguh di belakang Abdul Hadi serta menyokong sepenuhnya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan menerusi pembentangan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Rakyat.

Yang Dipertua PAS  kawasan itu, Mohd. Nor Harun berkata, pihaknya menolak tindakan Guan Eng yang sering mengkritik Abdul Hadi berkaitan isu hudud kerana perkara itu telah menjadi agenda Pas sejak sekian lama.

Suhaizan dalam pada itu berkata tindakan Azmi menganjurkan protes mereka semalam adalah bertentangan dengan arahan PAS Pusat.

"Saya tidak pasti sama ada demo itu atas pihak rasmi atau individu.

"Apabila PAS sudah memutuskan PAS akan membantu PKR Permatang Pauh, jadi keputusan demo itu bertentangan dengan arahan PAS pusat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata PKR tidak akan merasa gentar dengan gertakan ahli PAS Bagan itu.

"Kita tidak rasa gentar langsung dan tidak akan rasa tertekan dengan tindakan mereka.

"Apa yang penting, kita fokus dan gerak kehadapan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana