Tahukah anda: TAN SRI DATO’ NOR MOHAMED YAKCOP adalah ahli di dalam Lembaga Penasihat Tertinggi 1MDB.

Beliau adalah orang yang sama diberi kepercayaan oleh Tun Mahathir untuk membantu krisis ekonomi negara 1998.

Sedikit latar belakang beliau yang dipetik dari web Khazanah Nasional:

Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional pada 3 Jun 2013 dan telah menganggotai Lembaga Pengarah Khazanah sejak 12 November 2002. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah. Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcop pernah menganggotai Kabinet Malaysia sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2009-2013) dan Menteri Kewangan Kedua (2004-2009). Sebelum itu, beliau bertugas sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri.

Kecuali tempoh seketika yang beliau berkhidmat dalam sektor swasta pada lewat 1990an, Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcop telah berkhidmat di Bank Negara dari 1968 hingga 2000. Semasa berkhidmat di Bank Negara Malaysia, beliau bertanggungjawab dalam pelaksanaan beberapa projek penting, termasuklah pelaksanaan perbankan Islam di Malaysia, memperkenalkan mekanisme pembayaran dua-hala antara Bank Negara Malaysia dengan Bank Pusat Negara Selatan-Selatan dan penubuhan Rating Agency Malaysia Berhad.

Sebagai Penasihat Khas Ekonomi Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcop memainkan peranan penting dalam penstrukturan semula beberapa syarikat korporat, termasuklah United Engineers (Malaysia) Berhad dan Malaysian Airline System Berhad (MAS).

Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcop merupakan graduan dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dan M.B.A. (cum laude) dari Catholic University of Leuven, Belgium.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana