Tabung Haji : Pembangkang Pandai Pusing Fakta - Shafei Abdullah

KUALA LUMPUR 16 MEI - Rakyat digesa supaya tidak mempercayai segala tipu helah pembangkang dalam memutar belitkan fakta sebenar berhubung isu Tabung Haji (TH) baru-baru ini.
Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah berkata tindakan pembangkang tersebut ternyata menyebabkan TH kini hampir tidak mendapat kepercayaan rakyat.
"Ini telah dimainkan oleh pembangkang kononnya TH telah bailout  1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Maka pada ketika itu habis bukan hanya rakyat di bandar malah di kampung perdalaman juga mula bercakap mengenai 1MDB dan TH bahawa kononnya duit TH akan habis untuk di bailout oleh 1MDB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Salam Silaturahim di Pusat Khidmat Aktiviti Masyarakat di sini, hari ini.
Shafei yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju menyarankan supaya rakyat tidak perlu untuk terus mempercayai tindakan pembangkang yang dilihat mahu menjatuhkan TH.
Sebaliknya, perlu mengingat kembali jasa yang telah diberikan oleh TH kepada masyarakat Islam di negara ini.
"Selama ini TH telah memberikan subsidi kepada semua rakyat tanpa mengira aliran politik kepada yang mahu mengerjakan haji tanpa menaikkan harga sedangkan kos haji kini semakin meningkat.
"Kita telah lupa semua (subsidi) yang telah diberikan oleh TH dan telah mengutuk perbuatan TH baru-baru ini," katanya.
Sebelum ini, TH memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.
TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.
Ia berikutan laporan blog, The Benchmark menyebut, TH akan membeli dua lot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) membabitkan pertimbangan keseluruhan RM772 juta.
TH dikatakan membeli satu lot tanah di TRX pada pertimbangan RM2,860 sekaki persegi dengan peruntukan keseluruhan RM194 juta untuk dibangunkan sebuah pangsapuri khidmat setinggi 40 tingkat.
Sementara satu lot lagi akan dibeli pada pertimbangan RM3,900 sekaki persegi membabitkan pertimbangan RM578 juta yang akan dibangunkan sebuah menara 74 tingkat dikenali 'Signature Tower'.
TRX, pusat perniagaan baharu seluas 70 ekar di pusat bandar Kuala Lumpur adalah satu daripada dua hartanah utama 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana