Tabung Haji Jual Semula Tanah di Tun Razak Exchange....kenapa Perlu jual?

KUALA LUMPUR 9 Mei - Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.

TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.

Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.

"Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katanya pada sidang media di Menara TH, pagi ini.

Mengikut Azeez, TH juga akan dapat semula 100 peratus wang yang dibayar kepada 1MDB untuk pembelian tanah itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, Azeez berkata, keputusan menjual semula tanah itu juga sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah TH yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Syukur Hussein berkata, keputusan menjual semula itu dibuat bagi menghentikan fitnah daripada berterusan.

"Kita dah (sudah) bersetuju mengenai ini, supaya fitnah ini tidak berterusan, maka kita jual semula tanah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana