TABIKLAH....KERAJAAN NEGERI SARAWAK SENTIASA JAGA KEBAJIKAN RAKYAT

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa menjaga kebajikan rakyat di negeri ini terutama dalam mengurangkan bebanan mereka dengan pengurangan tarif elektrik untuk kegunaan komersial dan awam.

Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, keadaan itu amat jelas menunjukkan kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem yang sentiasa peka dengan masalah rakyat.

“Kebajikan rakyat dijaga amat jelas terbukti dengan pengurangan tarif elektrik sama ada untuk kegunaan komersial atau awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Ibu anjuran Unit SABERKAS Kampung Kudei/Nanas Hulu dengan kerjasama JKM Kudei dan PPWS Cawangan Kudei di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Sarawak bukan sahaja memberi penekanan kepada pengurangan tarif elektrik tetapi juga pemansuhan tol turut diberi perhatian.

“Ketua Menteri merancang untuk memansuhkan perkhidmatan tol di seluruh negeri.

“Setakat ini perkhidmatan tol di wilayah utara dan tengah Sarawak sudah dimansuhkan,” ujarnya.

Malah kata Menteri Perumahan itu, usaha memansuhkan perkhidmatan tol di Jambatan Tun Salahuddin masih di peringkat rundingan.

Abang Johari menjelaskan, tumpuan turut diberikan kepada pembangunan infrastruktur dan sumber manusia di negeri ini.

Bagaimanapun jelasnya, semua usaha dirancang hanya mampu dicapai dengan sokongan padu diberi rakyat untuk membentuk kerajaan terbaik.

“Sekiranya rakyat memberi sokongan padu, sudah pasti lebih banyak kemajuan dapat dicapai,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi SABERKAS Satok Muhammad Abdullah Zaidel dan Pengerusi Unit SABERKAS Kampung Kudei Baru Mohammad Bakri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana