Tabik Lah Ketua KM Sarawak Ni....Siapa ahli politik Sarawak disiasat kes balak...?

Tanda tanya kini berlegar siapa Menteri Muda Sarawak yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan kes balak.
pada Rabu SPRM mengumumkan pihaknya membekukan beberapa akaun milik seorang Menteri Muda Sarawak bernilai mencecah RM4 juta berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Muhamad Jamidan Abdullah berkata tindakan tersebut dibuat selepas pihak SPRM menerima aduan berhubung dakwaan berkenaan melibatkan kontrak pembinaan bangunan Baitulmal Makmur II.

"SPRM menerima satu aduan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II bernilai lebih RM250 juta.

"Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik seorang anggota pentadbiran yang merupakan Menteri Muda telah dibekukan sementara siasatan dijalankan,"katanya.

Beliau melalui kenyataan akhbarnya Rabu juga memberitahu bahawa pihaknya turut mengambil keterangan seorang ahli perniagaan.

"Ahli perniagaan berusia 50-an itu merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan milik kerajaan negeri.

"Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipangil untuk diambil keterangan," jelasnya.

Sementara itu, berhubung Ops Gergaji, beliau berkata 30 akaun lagi milik syarikat dan individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah dibekukan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan akaun setakat ini mencecah RM600 juta.

"Setakat hari ini (Rabu), 30 lagi akaun syarikat dan individu termasuk seorang ADUN dibekukan menjadikan jumlah keseluruhan akaun yang dibekukan setakat ini ialah sebanyak RM600 juta.

"Dalam pada itu, hampir 1,200 batang kayu balak juga telah disita termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh SPRM. Semalam (Selasa) 500 batang kayu balak disita," katanya.

Tambahnya, 49 lokasi telah diserbu termasuk tambahan satu lokasi iaitu di Bakun, Rabu.

"Seramai 10 individu juga dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat pembalakan dan kilang papan di Sarawak.

"Mereka yang diambil keterangan ini terdiri daripada pemilik kilang papan dan penyelia kilang," katanya.

Menurutnya siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Operasi bersepadu yang disertai sekurang-kurangnya 400 anggota pelbagai agensi melibatkan serbuan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses masuk kecuali dengan menggunakan helikopter dan bot.

"Ops Gergaji akan diteruskan dengan lebih menyeluruh bagi membanteras kegiatan rasuah serta pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Syarikat pembalakan dan perladangan yang berpangkalan di Sibu, Ta Ann Holdings Bhd (TAH) serta dua anak syarikatnya, Ta Ann Plywood Sdn Bhd dan Lik Shen Sawmill Sdn Bhd, bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas aktiviti pembalakan haram di Sarawak.

TAH dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata siasatan yang bermula pada 12 Mei, 2015 tidak menjejaskan operasi keseluruhan anak syarikatnya dan kumpulan tersebut.

Syarikat itu hanya mengamalkan dasar penggunaan balak yang sah di sisi perundangan untuk diproses di kilang papan miliknya.

"Dalam 2014, TAH telah melantik pihak ketiga antarabangsa yang bebas, SGS (M) Sdn Bhd, untuk memantau sektor hutan, untuk mengesahkan kesahihan dan kemapanan perolehan bahan mentah," katanya.

"Pengesahan perundangan juga dibuat melalui pensijilan oleh Global Forestry Service," katanya.

Syarikat itu berkata pemegang sahamnya boleh yakin bahawa kayu yang digunakan, diperoleh secara sah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana