Sokong BN sebagai bukti berdiri teguh di belakang PM - Hasan

ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Ariffin meminta anak watan negeri ini menterjemahkan sokongan kepada parti menerusi undi pada 5 Mei nanti.

Kata Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin itu, sokongan tersebut bukan saja penting untuk kemenangan beliau, malah ia signifikan kepada BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Maka dalam PRK ini kemenangan saya penting tapi paling penting kepada parti kita BN. Itu penting sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, anak watan negeri Pahang.

"Tuan puan harus meyakinkan rakan dan saudara bahawa disaat ketika kepimpinan Datuk Seri Najib dicabar pelbagai pihak.

"Kita selaku anak watan kena beri sokongan yang tidak berbelah bahagi menyatakan kepada dunia dan pembangkang bahawa  kita berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Najib," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Usahawan dan Pelancaran Kelab Usahawan AIM di Kolej Vokasional Rompin, di sini tengah hari tadi.

Ujar Hasan lagi, dengan pembangunan yang ada hasil pemerintahan kerajaan Umno-BN, maka parti itu adalah pilihan yang tepat berbanding dengan parti lain.

"Sekali lagi di hari Jumaat ini bukan saja diri kita, malah saya berharap tuan puan meyakinkan rakan dan keluarga, bahawa dalam konteks negara kita ini kita tak ada pilihan yang banyak melainkan BN," kata bekas ADUN Bukit Ibam itu lagi.

Najib kebelakangan ini menjadi sasaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerana menyifatkan pentadbiran beliau sebagai lemah disebabkan pelbagai isu.

Antara isu yang dibangkitkan perdana menteri paling lama memerintah Malaysia itu adalah isu 1 MDB, pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan pelbagai isu lain.

Najib bagaimanapun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada kepimpinan parti di peringkat akar umbi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana