Sikap Rafizi punca kecoh di debat GST di UIA Rabu malam...lagi nak pusing cerita

Kekecohan timbul apabila pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menghentikan satu acara debat mengenai GST antara Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Noor Adam dengan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di kampus itu Rabu malam
Untuk elak kekeliruan mengenai apa yang berlaku,Lokman yang juga bekas pemimpin PKR dulu menjelaskan menerusi kenyataan beliau hadir pada program itu setelah menerima undangan berdebat dengan Rafizi dari persatuan pelajar UIA minggu lalu.

"Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.

"Walau bagaimanapun, petang tadi (Rabu) pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir.

"Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap.

"Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil.

"Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa.

"Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA. Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA,"katanya.

Lokman mendakwa sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau pengawal keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan.

"Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga. Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya.

"Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya".

Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.

"Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA. Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003. Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004,"katanya.

Menurut Lokman apa yang menyakitkan hati ialah fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecatnya.

Apapun Lokman berpendapat debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama.

"Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak.

Menurut beliau jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa, Rafizi akan terus dipercayai oleh para mahasiswa dan dia masih boleh melakukan aksinya melalui youtube dan whatapp.

"Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan, setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa,"katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR Samsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan pula mendakwa tidak wajar UIA bertindak menghentikan program itu setelah awalnya bersetuju benarkannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana