Siapa LAFIZI ni....PAS, DAP Tak Endah Nasihat Rafizi

KUALA LUMPUR 26 Mei - Ada kebenaran diatas 'tilikan' Penasihat DAP Lim Kit Siang yang melihat Pakatan Rakyat (PR) bakal berdepan kehancuran dalam masa dua minggu akan datang.

Ini berikutan PAS dan DAP terus bertelagah antara satu sama lain dan nasihat dari satu-satunya rakannya, PKR, juga tidak diendahkan dua parti politik ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menasihati PKR dan DAP untuk mengambil masa bertenang dalam tempoh dua minggu ini sebagai proses meredakan ketegangan yang kini melanda PKR.

Usaha itu walaubagaimanapun tidak disambut baik ekoran 'keegoan' parti bertunjang besar ini yang masih ingin menegakkan pendirian masing-masing.

Pertelagahan antara DAP dan PAS bermula pada era perebutan kuasa Menteri Besar antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila PAS secara terang-terangan tidak menyokong pelantikan Wan Azizah.

Krisis yang berakhir dengan pemecatan Khalid dari PKR dan pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar itu sedikit sebanyak mencalar hubungan parti komponen PR itu sendiri.

Seterusnya PAS terus ditentang DAP apabila usul untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian hudud untuk dilaksanakan di Kelantan juga tidak mendapat persetujuan parti Chauvenis itu.

Dan episod perang mulut antara kedua-dua parti itu terus berkumandang di halaman media massa mendedahkan sikap sebenar pemimpin tertinggi Pakatan.

Secara jelas, hudud meretakkan hubungan PAS dalam PR apabila PKR sendiri sehingga kini tidak menyatakan pendirian sebenar berhubung pembentangan hudud yang dirancang PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana