Siapa DAPIG Ni....Nak Mempersoalkan PAS? Lima Soalan Guan Eng Kepada Hadi Awang

KUALA LUMPUR 28 Mei – Krisis antara DAP dengan Pas terus meruncing apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng mengemukakan lima soalan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Guan Eng, meskipun Abdul Hadi dilaporkan memberitahu Pas masih lagi bersama pakatan pembangkang, Presiden Pas itu mesti membuktikan komitmennya dengan menjawab lima soalan ‘mudah’.

Lima soalan yang diberikan Guan Eng itu adalah mengapa Abdul Hadi:
1. Memungkiri komitmen Pas kepada Dasar Bersama Pakatan dan jaminan peribadinya kepada pimpinan pakatan?

2. Menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah kemelut skandal RM42 bilion 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?
3. Mahu mewujudkan ‘kerajaan perpaduan’ bersama UMNO?

4. Enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini?

5. Mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud, tanpa menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud?

Jelas Guan Eng, DAP akan secara konsisten bertanyakan lima perkara itu bukan sahaja selepas Muktamar Pas tetapi juga sebelum muktamar itu berlangsung.

Menurutnya, sukar bagi DAP untuk bekerjasama dengan Abdul Hadi sekiranya kenyataan-kenyataan Presiden Pas itu tidak konsisten dengan perakuan bertaat setia dan menyokong pakatan.

“Bukan sahaja Abdul Hadi, malah pimpinan senior Pas juga telah mengelak daripada menjawab lima persoalan ini dengan cuba menyalahkan DAP jika terjadinya perpecahan dalam pakatan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya.

Semalam, Abdul Hadi dilaporkan memberitahu, persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya bakal terjawab selepas Muktamar Pas di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini.

Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikaian membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Baru-baru ini, Guan Eng terus mengkritik Presiden Pas itu apabila mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana