Sepatutnya, PAS yang ajar DAP mengenai hudud, tapi hakikat sebenar adalah DAP yang ajar PAS.

Seronok tengok drama hudud dalam Pakatan yang tak kunjung selesai... apatah lagi dengan kisah Penasihat DAP Lim Kit Siang beri 'kuliah' mengenai Hudud di Kota Bharu Ahad lalu.
Ramai yang geleng kepala... sepatutnya, PAS yang ajar DAP mengenai hudud, tapi hakikat sebenar adalah DAP yang ajar PAS.

Perkara ini turut 'membingungkan' Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Dalam temubual dengan media, Harun berkata, Kit Siang sebagai bukan Islam sepatutnya mendengar penjelasan tentang hudud bukannya memberi penjelasan.

Bagaimanapun, katanya, ceramah ‘anti hudud’ anjuran PAS Kota Bharu itu telahpun berlaku dan beliau mengesyorkan supaya ahli PAS yang lain mengambil iktibar daripada perkara tersebut jika mahu Islam dihormati.

“Musuh-musuh sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara-perkara negatif tentang Islam.

“Kalau kita ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan dan tidak boleh musuh Islam campur tangan dalam perkara besar,” katanya.

Haron turut mengingatkan ahli PAS supaya berpegang teguh kepada prinsip utama yang diperjuangan PAS iaitu memartabatkan syiar Islam.

“Semua ahli PAS perlu berhati-hati dengan pihak yang tidak selari dengan perjuangan PAS terutama yang menentang hudud,” katanya.

Haron juga menyelar PAS Kota Bharu yang tidak sensitif dengan mengundang Kit Siang untuk bercakap berkenaan hudud sekaligus bersekongkol dengan penentang hudud.

Ditanya adakan tindakan akan dikenakan terhadap PAS Kota Bahru, Haron berkata,

“Kita ada badan yang menguruskan tatatertib iaitu Lajnah Tatatertib. Bergantung kepada mereka melihat sejauh mana perkara ini memudaratkan PAS dan ahli.

“Jika mereka melihat perkara ini (ibarat) mengunting dalam lipatan atau menikam dari belakang, maka mereka sepatutnya menanganinya secara bijaksana,” katanya.

Selain Kit Siang, ceramah di Padang Perdana, Kota Bahru itu turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Dalam ceramahnya di Padang Perdana, Kota Bharu Ahad lalu, Kit Siang memanfaatkan sepenuhnya ruang disediakan oleh PAS Kawasan Kota Bharu untuk 'mengajar' pemimpin serta kira-kira 1,000 penyokong setia PAS tentang pelaksanaan hukum hudud.

Biarpun hudud menjadi dasar perjuangan PAS sejak sekian lama, beliau tanpa segan-silu atau rasa kekok menyanggah pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini di hadapan Timbalan Presiden PAS sendiri iaitu Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana