SEMUA OK... PM kecewakan penyebar khabar angin

"Kalau ada berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini kecewalah mereka sebarkan," itu kata-kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media yang ditunggu-tunggu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Isnin.
Menurut Najib, ahli Majlis Tertinggi UMNO melahirkan sokongan padu kepada presiden dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, antara khabar angin yang tersebar di media sosial adalah kononnya Najib akan diminta oleh MT supaya meletak jawatan dalam mesyuarat hari ini.

Najib turut menjelaskan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Muhyiddin bagi memastikan kedudukan UMNO terus kukuh.

"Saya telah berjumpa dengan beliau dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama sekali saya dan timbalan," katanya.

Najib berkata, beliau sentiasa mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin.

"Saya hargai idea-idea bernas yang diberikan oleh timbalan presiden," ujarnya.

Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan dalam mesyuarat hari ini, Majlis Tertinggi UMNO harap Ketua Audit Negara mempercepatkan siasatan ke atas 1MDB.

Menyentuh mengenai isu Tabung Haji, Perdana Menteri berkata, pendeposit Tabung Haji tidak perlu bimbang kerana deposit mereka dijamin kerajaan.

Beliau yang juga Presiden UMNO dijadualkan menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-69 di Dewan Merdeka, PWTC malam ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana